Ucapan Ustazah Asma' Harun
Pengasas Yayasan Al Hijrah berkongsi harapan, visi dan kata-kata semangat untuk warga Hijrah dan sahabat ummah seluruhnya.
Ustazah Asma' Harun
Pengasas Yayasan Al Hijrah
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, Yayasan Al Hijrah terus diberi ruang dan peluang untuk melangkah dalam agenda memperkasa ummah melalui dakwah, pendidikan dan kebajikan.
Buletin ini bukan sekadar himpunan laporan dan aktiviti, tetapi cerminan perjalanan, usaha dan komitmen seluruh warga Yayasan dalam membina ekosistem komuniti yang lestari.
Setiap program, projek dan inisiatif yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada visi besar kita untuk menjadikan Yayasan sebagai one-stop-center yang memperkasa serta meningkatkan kesejahteraan asnaf, muallaf dan golongan kurang berkemampuan.
Kami percaya bahawa pembangunan ummah perlu digerakkan secara menyeluruh merangkumi pengukuhan ilmu, pembinaan sahsiah, pengurusan dana yang berintegriti serta jaringan kerjasama strategik yang berimpak.
Kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil sokongan para penyumbang, rakan kolaborasi, sukarelawan dan seluruh sahabat Hijrah yang sentiasa bersama dalam setiap langkah perjuangan ini.
Semoga segala usaha kecil dan besar yang dilakukan menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta terus diberkati Allah SWT. Marilah kita terus berganding bahu memperkukuh dakwah dan kebajikan demi membentuk peradaban umat Islam yang disegani.
Sekian, terima kasih.
Ustazah Asma' Harun
Pengasas
Yayasan Al Hijrah
Tiga Teras Perjuangan
Dakwah
Menyebarkan ajaran Islam yang benar dan membina kefahaman ummah melalui program yang sistematik dan berimpak.
Pendidikan
Melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia melalui biasiswa, program tahfiz dan bimbingan akademik menyeluruh.
Kebajikan
Membantu asnaf, muallaf dan golongan kurang berkemampuan dengan sokongan menyeluruh dari sudut material dan spiritual.
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" — Hadis Riwayat Ahmad
Berganding Bahu
Bersama Kami
Setiap sumbangan anda adalah sebahagian daripada amal jariah yang tidak terputus. Marilah kita bersama memperkasa ummah.
