ProgressPembangunan
Ikuti perjalanan pembinaan Perkampungan Al-Hijrah dari semasa ke semasa — setiap bata, setiap tiang dan setiap ruang dibina hasil amanah para penyumbang.
Projek Telah Siap
Hasil sumbangan dan doa anda, projek-projek ini telah siap dibina dan kini memberi manfaat kepada warga Hijrah serta pengunjung.
Hijrah Farm & Petting Zoo
Ladang mini dan zoo interaktif untuk pendidikan kanak-kanak dan keluarga.
Pondok Moden (Fasa 1)
Unit penginapan warga Hijrah yang selesa untuk pelbagai lapisan umur.
Kolam Memancing
Kolam rekreasi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti hiburan Islami.
Jalan Masuk & Pintu Gerbang
Infrastruktur asas termasuk jalan masuk utama, pagar dan pintu gerbang perkampungan.
Projek Sedang Berjalan
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. Sumbangan anda hari ini mempercepatkan penyiapan projek-projek ini.
Dewan Ilmu (Dewan Serbaguna)
Dewan utama untuk kuliah, program pengajian dan majlis komuniti — menempatkan ratusan jemaah dalam satu masa.
- ✓ Kerja tanah & asas
- ✓ Struktur tiang & rasuk
- ● Kerja bumbung
- ○ Kemasan & elektrikal
Hijrah Islamic Tahfiz School
Blok akademik, asrama dan ruang hafazan untuk melahirkan generasi al-Quran yang berilmu dan bersahsiah unggul.
- ✓ Kelulusan pelan
- ✓ Kerja tanah
- ● Struktur blok akademik
- ○ Asrama pelajar
Ladang Ternak Ummah (Fasa 2)
Peluasan kandang ternakan, kawasan ragut dan stor makanan bagi mengukuhkan ekonomi agro yayasan.
- ✓ Pembersihan tapak
- ✓ Kandang ternakan
- ✓ Sistem air
- ● Stor makanan ternakan
Projek Akan Datang
Impian besar untuk ummah. Jadilah antara yang terawal menyumbang dan raih pahala dari asas pertama.
Rumah Kebajikan Al-Hijrah
Tempat perlindungan untuk anak yatim, asnaf, gelandangan serta ibu dan bapa tunggal.
Kompleks Sukan Sunnah
Memanah, berkuda dan berenang, serta mini stadium futsal, badminton dan bola jaring.
Taman Tema Air & Glamping
Rekreasi keluarga patuh syariah dengan kawasan perkhemahan mewah di tengah alam.
Pusat Agro Tourism Ummah
Hab pelancongan berteraskan penternakan, perikanan dan pertanian untuk pengunjung dalam dan luar negara.
Progress Pembangunan Semasa
Gambaran keseluruhan kemajuan pelan induk Perkampungan Al-Hijrah, beserta catatan perkembangan dari bulan ke bulan.
Kemajuan Mengikut Fasa
Status terkini setiap fasa pembangunan
Fasa 1 — Infrastruktur AsasJalan, pagar, utiliti & pintu gerbang
100%Fasa 2 — Rekreasi & PenginapanHijrah Farm, Pondok Moden, kolam
100%Fasa 3 — Pendidikan & DakwahDewan Ilmu, Tahfiz School
52%Fasa 4 — Ekonomi AgroLadang Ternak, Agro Tourism
45%Fasa 5 — Sosial & PrasaranaRumah Kebajikan, Kompleks Sukan
0%إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah…" — Hadis Riwayat Muslim
Bina Bersama Kami,
Pahala Mengalir Selamanya
Setiap ringgit yang anda sumbangkan menjadi sebahagian daripada bangunan yang akan dimanfaatkan generasi demi generasi.
