Pondok Moden
YAH
Rumah kediaman moden di Perkampungan Al-Hijrah yang dibangunkan atas konsep INFAQ — pelaburan akhirat yang memberi manfaat kepada ummah.
💛
Konsep Infaq
Sumbangan ikhlas untuk manfaat ummah
🏡
Residensi Moden
Rekabentuk moden, suasana Islamik
🕌
Diurus YAH
Pentadbiran amanah oleh Yayasan
🌿
Amal Jariah
Pahala berterusan untuk penginfaq
Contoh Reka Bentuk
Gambar berikut menunjukkan contoh rekabentuk dan suasana Pondok Moden yang akan dibangunkan di Perkampungan Al-Hijrah.
Contoh Rekabentuk 1
Contoh Rekabentuk 2
Contoh Rekabentuk 3
Contoh Rekabentuk 4
Poster Pondok Moden
Poster Pondok Moden






4 Perkara Tentang
Konsep Infaq
Dibangunkan atas Konsep Infaq
Asas pembinaan Pondok Moden
Setiap rumah kediaman Pondok Moden yang dibangunkan di Perkampungan Al-Hijrah adalah di atas konsep INFAQ — pelaburan akhirat yang memberi ganjaran pahala berterusan kepada penginfaq.
Sumbangan Rela & Ikhlas
Niat dan keikhlasan penginfaq
Penginfaq bersetuju dengan rela hati dan ikhlas untuk menyumbang sejumlah wang bagi tujuan menampung kos-kos untuk membina rumah kediaman Pondok Moden bersama dengan fasiliti dan kemudahan infrastrukturnya.
Diurus untuk Kebajikan Ummah
Untuk penginfaq yang tidak menghuni
Penginfaq yang semata-mata menyumbangkan sejumlah wang dan tidak berniat untuk menghuni atau bermastautin, maka Pondok Moden tersebut akan diurus dan ditadbir oleh pihak pengurusan YAH untuk tujuan kebajikan dan manfaat ummah.
Didaftarkan sebagai Pemastautin
Untuk penginfaq yang ingin menghuni
Penginfaq yang berniat untuk tinggal dan menghuni Pondok Moden akan didaftarkan sebagai pemastautin Pondok Moden dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat di dalam dokumen berkenaan.
Dua Laluan
Penginfaq
Infaq Tanpa Menghuni
Menyumbang wang untuk membina Pondok Moden tanpa berniat untuk tinggal di sana. Rumah tersebut akan diuruskan oleh YAH untuk tujuan kebajikan dan manfaat ummah.
Amal jariah yang berterusan
Rumah diurus oleh YAH untuk ummah
Manfaat meluas kepada golongan yang memerlukan
Infaq & Menghuni
Menyumbang dan sekaligus berniat untuk tinggal di Pondok Moden. Penginfaq akan didaftarkan sebagai pemastautin dan tertakluk kepada terma dan syarat YAH.
Didaftarkan sebagai pemastautin rasmi
Hidup dalam komuniti Islamik yang kondusif
Tertakluk kepada terma & syarat YAH
مَن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah suatu pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya..." — Al-Baqarah: 245
وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ
"Dan apa sahaja yang kamu infaqkan dari kebaikan, maka (pahalanya) untuk dirimu sendiri..." — Al-Baqarah: 272
Berminat untuk
Menginfaq?
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsep Infaq Pondok Moden, terma dan syarat serta proses pendaftaran.
